Makanan Tradisional di Malaysia
Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum. Oleh kerana Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, variasi makanan yang lazat ditawarkan di negara kita. Senarai hidangan popular dan sering menjadi pilihan selera rakyat Malaysia: 1. Asam Laksa Asam Laksa ini akan dimakan bersama mee laksa yang bewarna putih dan kuah yang diperbuat dari ikan yang direbus. Hidangan ini sering dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. 2. Sate Terdapat pelbagai jenis sate di Malaysia iaitu sate daging, sate ayam, sate perut dan sate kambing. Sate sering dimakan bersama kuah kacang dan nasi himpit yang menjadi pengganti nasi. Sate juga sangat popular sebagai salah satu hidangan menjelang sambutan perayaan. 3. Rendang Hidangan ini diperbuat daripada daging atau pun ayam, malah ada juga yang menggunakan daging itik dan arnab. Biasanya rendang disajikan bersama lemang atau ketupat m...